Selasa, 31 Agustus 2010

~~~``` k3p4d4 s!4p4 ```~~~

Kepada siapa kita perlu bergantung harap,,,

BERGANTUNG TANPA KECEWA bergantung harap,,, kepada yang pasti, atau kepada yang tidak pasti ?

Ada waktu, aq sedih. Aq bukanlah seorang yang kuat Iman setiap masa. Tetapi aku adalah seorang yang akan mencoba berlakon kuat sepanjang masa. Aq sentiasa berjaga-jaga, agar sesiapa pun tidak akan menyangka yang aq sedang kelemahan. Saat-saat aq sedih, maka aq akan mencari tempat bergantung.

Dahulu, aq pernah meletakkan tempat bergantung aq kepada ibu bapak. Tetapi sampai satu jangka masa, ibu bapakku tidak berapa hendak mendengar aduanku. Tetapi, sampai juga satu masa, ayahku tidak dapat mendengar aduanku. Tidak lama kemudian, aq sandarkan kebergantunganku kepada sahabat. Mengikut pemikiran naif aq, sahabat akan bersama kita susah atau senang. Tetapi tidak juga. Sebaik baik sahabat yang aq jumpa, belum lagi rasanya ada yang dapat menyahut aq setiap masa. Akhirnya, aq tiada tempat untuk mengadu bila bersedih. Aq sentiasa rasa tiada sesiapa yang faham, tiada sesiapa yang boleh membantu, tiada siapa yang boleh aq gantungkan harap aq kepada dia.

Benar-benar tersudut di satu sudut yang sempit. Ah,,,,,,,Kepada siapakah yang sepatutnya aq bergantung harap dan serahkan segala kepercayaan ??? Aq tercari-cari jawapan kepada soalan ini suatu masa dahulu. Aq fikir, ramai manusia yang berfikiran sepertiku. Bila kelemahan, mencari tempat untuk bersandar, tetapi tidak berjumpa. Akhirnya, hanya gundah, resah, sugul, tekanan, semua itu menghimpit jiwa. Hidup jadi tidak keruan dan terumbang ambing.

ALLAH,,,, Itulah jawapan yang aq jumpa. Hal ini kerana, setelah aq fikir panjang dan secara mendalam, tiada tempat yang boleh q sandarkan secara benar, penuh keyakinan, tanpa keraguan, selain ALLAH SWT. ALLAH SWT berfirman, " Demikianlan( kebesaran ALLAH), DIAlah yang hak, dan apa sahaja yang mereka seru selain DIA, maka itulah kebatilan, dan sesungguhnya ALLAH itu Maha Tinggi lagi Maha Besar" {{{ Surah Al-Hajj ayat 62 }}}.

Sebagai manusia yang saban waktu akan diuji dengan berbagai cubaan, dugaan, cabaran dan masalah, maka tempat bergantung yang ampuh amat diperlukan bagi menjamin penerusan kerja di samping kekuatan yang meluap-luap. Justeru, kita perlu bergantung kepada yang tidak akan lemah, kita perlu bersandar kepada yang tidak akan bengkok, kita perlu percaya kepada yang tidak akan menipu dan meninggalkan kita. Kekuatan, yang menyahkan kita dari kelemahan, hanya akan datang dari aslinya kekuatan. Kekuatan yang asli hanyalah kekuatan ALLAH SWT sebagai PENCIPTA kekuatan. Segala kekuatan di dunia ini, yang ada pada gunung, yang ada pada manusia, yang ada pada haiwan, dan segala makhluk di alam ini, hanyalah percikan kecil kekuatanNya.

Kepada DIAlah sepatutnya aq menggantungkan harapanku. " ALLAH yang menciptakan aq, kemudian memberikanku rezeki, lalu mematikan aq, kemudian menghidupkanku semula, adakah antara mereka yang aq sekutukan dengan ALLAH itu dapat berbuat sesuatu sedemikian itu(sebagaimana yang ALLAH lakukan) ? Maha Suci DIA dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan" {{{Ar-Rum ayat 40}}}. Malah, ALLAH SWT tidak akan lemah dengan masalah, tidak akan luput dengan waktu, tidak akan sugul dengan ujian. DIA adalah PENCIPTA kepada semua perkara, dan DIA tidak terganggu dengan apa perkara sekalipun. Tiadalah wujud padaNya masalah. Malah, masalah itu pun wujud adalah kerana DIA mahu mewujudkannya. Jika ALLAH katakan pada masalah itu supaya menghilang, maka masalah itu akan menghilang.

Jadi, ALLAH sememangnya satu-satunya tempat yang layak untuk pinta kekuatan. DIA saja tempat pergantunganku yang ampuh. DIA yang menguasai masalah, dan menurunkan masalah itu untuk menguji hamba-hambaNya. Jika kita mahu kuat, mahu bangkit dari kelemahan, maka TUAN kepada kekuatan, TUAN kepada kelemahan, dan TUAN kepada masalah inilah yang patut kita cari. " Sesungguhnya ALLAH, DIAlah Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh"{{{Surah Adz-Dzariyat ayat 58}}}.

Bila kita kelemahan, kita akan suka mengadu. Bila kita mengadu, maka kita suka agar aduan kita itu terjawab. Aq amat arif akan rasa sakit hati bila kita mengadu, tetapi aduan kita tidak terjawab. Aq sudah banyak kali mengadu dan meminta belas kepada manusia. Dan banyak kali aq dikecewakan dengan penerimaan mereka. Tetapi ALLAH SWT, DIA tidak lengah. Bila kita mengadu kepadaNya, secara tidak langsung kita akan terasa tenang dan lapang. " dan milik ALLAH meliputi segala rahsia langit dan bumi dan kepadaNya juga segala urusan dikembalikan, maka sembahlah DIA dan bertawakkalah kepadaNya. Dan RABB kamu tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan" {{{Surah Hud 123}}}.

DIA amat sayangkan hamba-hambaNya yang meminta. Sehingga DIA sendiri menawarkan kepada kita untuk meminta. " Dan RABB kamu berkata, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan" {{{Al-Mu'minuun Ayat 6}}}.

DIA jugalah yang meyakinkan kepada kita bahawa, DIA sentiasa dekat dengan kita. "Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu(wahai Muhammad) berkenaan AKU, sesungguhnya AKU adalah amat dekat..."{{{ Al-Baqarah ayat 186}}}}. Maka, bukankah ALLAH tempat paling sesuai kita bergantung harap ? Tempat paling sesuai untuk kita mengadu segala masalah ? DIA adalah yang paling memberikan perhatian, DIAlah yang akan mendengar tanpa jemu, DIAlah PEMILIK ketenangan, DIAlah PEMILIK kesusahan. DIAlah segala-galanya. Bergantung kepadaNya, adalah satu pergantungan tanpa kecewa. Ada yang tidak percaya ? Apakata di cuba dahulu...

Rendahkanlah diri kepada RABB kita ini,,, Ya,,, RABB kita,,, bukan RABB orang lain,,, Semoga ALLAH Redha, dan memberikan kekuatan kepada kita semua,,, !

Mari Menjadi HAMBA,,,Yang MencintaiNYA diatas segala yang menyinta....

Pembenahan diri itu memang sulit apalagi HATI,,, tapi jika kita mau berusaha dang meng case back segala sesautu pasti kita mampu dan menyadarkan diri,,, untuk apa kita didunia,,,

Aq pribadi masih dalam tahap mencoba dan menjadi yang lebih baik diSISI ALLAH swt,,,

Setelah sekian lama diri dan hati ini sering lalai hanya karna urusan duniawi,,, terlebih2 dalam CINTA ,,,

Astagfirullah,,,,,,,,, Astagfirullah,,,,,,,,,,, Astagfirullah,,,,,,,,

Tidak ada komentar:

Posting Komentar